Saturday, March 11, 2006

Produk Ahmar

Image hosting by Photobucket

Membantu masalah penyakit Angin Ahmar, masalah berkaitan urat saraf, sendi dan usus.

Kandungan
786 Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim)
Doa Angin Ahmar.
Dakwat Za'faran (Saffron), Air Zam-zam dan air tapisan.

Di antara Kitab-Kitab Rujukan:
Shamsul Maarif Al-Kubro
Attadawi Bil A'asyab Wannabataat
Doa Penyembuh Penyakit Angin Ahmar

Penggunaan Produk
Baca Al-Fatihah, berselawat dan niat mengikut hajat
Minum 5 kali sehari selama 7 hari
Boleh campur ke dalam sebarang masakan dan boleh disapu pada muka dan kepala.
7 titik ke dalam air minuman atau sebarang masakan.

Bahagian Badan Yang Terlibat
Sistem Salur Darah
Sistem Urat
Sistem Saraf

Tindak balas ke atas Fizikal
Melancarkan pengaliran darah (membersihkan mana-mana salur darah, urat dan saraf yg tersumbat)
Membaiki sistem urat dan saraf yang rosak
Menghidupkan kembali sistem saraf yang mati
Menguatkan keseluruhan salur darah, urat dan saraf

Tindak balas Kerohanian
Memindahkan alam gelap di dalam tubuh kepada alam bercahaya
Menghapuskan pengaruh Al Raihul Al-Ahmar di dalam badan
Menguatkan zikrullah di dalam tubuh


RM21.00(W.M)/RM27.50(E.M)

SEJARAH DOA ANGIN AHMAR

Penyakit Angin Ahmar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, telah ada semenjak zaman Nabi Sulaiman. Semasa baginda menerima mengadap segala rakyatnya termasuklan segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa ujub dan bangga diri. Dalam hatinya baginda berkata: “Siapakah makhluk Allah yang tidak mahu tunduk kepadaku”. Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia yang besar, gagah dan hebat serta garang. Nabi Sulaiman terkejut dan menggeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia, dan mengapa dia datang.

Lembaga itu memberitahu bahawa dia bernama Ar-Raihul Ahmar ( Angin Ahmar ) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia diberi kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh meresap masuk ke dalam urat saraf dan juga otak seseorang hingga hilang akal.

Angin Ahmar itu masih ada hingga zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman kita sekarang. Pada zaman Nabi Muhammmad SAW, cucu baginda Saiyidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah. Ketika itu turun Malaikat Jibril dan memberitahu baginda bahawa cucunya terkena penyakit Angin Ahmar, lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya.

Jibril menjawab ada lalu dia ghaib. Sebentar kemudian Jibril kembali dan memberitahu Rasulullah bahawa Allah telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur hidupnya. Baginda pun membaca doa ini,lalu dengan sebentar itu juga sembuhlah Saiyidina Hassan, boleh berdiri dan sihat walafiat. Lalu Baginda menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada umat Islam sekalian.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home