Saturday, March 11, 2006

Pengenalan Kepada Air Annusyrah



Maksud ANNUSYRAH ialah menulis kalimah-kalimah Al-Quran di atas pinggan putih kemudian dicairkan kalimah tersebut di dalam Air Zam-Zam lalu dijadikan ubat. Penanya diperbuat dari ranting kayu pokok paku pakis diraut rapi, manakala dakwatnya diperbuat dari filamen Saffron / Za'faran atau dalam Bahasa Melayunya dipanggil Kuma-Kuma. Kuma-kuma (dari jenis murah) di Malaysia kebiasaanya digunakan sebagai pewarna nasi beriani agar kelihatan kekuningan.

Za'faran adalah tumbuhan herba yang tumbuh setinggi paras lutut dan hidup subur di negara Iran menjadi barang kawalan di negara tersebut memandangkan harganya sangat mahal dan khasiatnya sukar ditandingi. Herba ini boleh diminum begitu sahaja untuk dijadikan penawar pelbagai jenis penyakit sejak di zaman silam lagi. Harga sekilo bunga Za'faran jenis yang terbaik menjangkau RM70,000.00 sedangkan harga sejongkong emas tulen hanyalah RM55,000.00.

thumb_saffronflower3.gif

Oleh itu, hanya Za'faran yang layak digunakan sebagai dakwat untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran di atas Pinggan Putih.Selepas ditulis, ia dilarutkan di dalam air Zam-Zam kemudian di bacakan semula dan akhir sekali ditutup dengan 40 kali Surah Yassin serta dilakukan solat hajat kemudian diasingkan dan dibotolkan.

Orang yang layak menulis ayat-ayat suci Al-Quran ini hanyalah orang yang betul-betul pakar dan berakhlak mulia serta boleh dipercayai kerana ianya ditulis dengan baik tanpa bersentuhan atau berlaku apa-apa kesalahan dalam penulisan. Ia sangat unik dan tidak mampu dilakukan oleh semua orang.pastarchives.jpg

Di antara surah-surah yang ditulis dan dibaca para tahfiz (ini bergantung kepada jenis tujuan yg ingin dicapai) ialah :

  1. Doa Bismillah dibaca 118 kali.
  2. Bismillahirrahmanirrahim (Basmalah) dibaca 786 kali
  3. Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Al-Falaq, An Nas dibaca 70 kali.
  4. Surah Yassin lengkap 83 ayat.
  5. Surah Thoha ayat 131 dan 132.
  6. Surah An Najmi 1 hingga 8
  7. Surah Ar Rahman 1 hingga 5
  8. Surah Al Haaqqah lengkap 52 ayat.
  9. Surah Al Insyirah lengkap 8 ayat.
  10. 10 ayat-ayat pilihan dari surah Al-Baqarah
  11. Surah Muhammad dan Ar Rahman lengkap.
  12. Ayat-ayat Syifa' dan ayat-ayat terpilih dari surah Ali Imran, An Nisa', Al An'am, Al A'raaf, Al Raad, Al Kahfi, Al Anbiyaa', Al Mukminun, Lukman, Al Waqiah dan Al Hasyr.

Pengasas Annusyrah Marketing Sdn. Bhd.

Inilah keunikan Air Annusyrah yang telah dihidupkan semula oleh Ustaz Abdullah Mohd Yusuf melalui kajiannya selama 20 tahun untuk mengembalikan amalan para ulama silam sebagai ikhtiar penawar kepada pelbagai jenis penyakit zahir dan batin, keperluan dan hajat dengan izin Allah SWT.

Kaedah ini telah mendapat sokongan daripada Dato' Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Negeri Perak

Air Annusyrah adalah ikhtiar untuk membantu semua golongan masyarakat yang menghadapi masalah jasmani dan rohani secara zahir dan batin serta semua masalah dalam kehidupan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home